Saturday, December 22, 2012

random : apa yang aku lihat,apa yang aku rasa,apa yang aku baca ~

assalamulaikum :D

nampaknya agak lama juga aku tidak berkata2 di belog ini. ditinggalkan kosong sepi tanpa ada apa2 cerita yang boleh dikongsi. sebenarnya banyak je benda yang aku nak cakap, tapi tiap kali nak tulis, hurm macam2 benda lah nak buattt. nota itu nota ini tulis practical tu tulis practical ini, belek2 atlas nak revise anatomy untuk prepare masuk dissection hall jumpa cadaver terlentang kaku, revice nota physiology biochem anatomy nanti lecturer tanya randomly before dia start new lesson for that day (macam teacher rohana hehe :) ) , kelas pukul 8 pagi sampai pukul 4 atau 5 petang tiap hari, kalau bernasib baik pukul 3.30 habis dah, kalauuuuu lah bernasib baik bila lecturer ppd tak jadi masuk kelas .  eh tapi facebook boleh je online. ouhh itu boleh aje, facebook boleh je on sambil buat nota buat kerja revise atlas. kalau berblogging memerlukan masa untuk aku menulis,pastinya lama kehkehkeh .

baiklah hidayah, berhenti dengan kata alu-aluan . dan hidayah mahu bercerita secara random. apa yang dilihat,apa yang dirasa.

Result exam block 1
Taklah cantik sangat markah tu (kecuali physiology yg boleh aku banggakan sikit nak compare dua subjek lagi tu) ,and taklah buruk sangat markah tu hahaha yang penting aku lulus semua 3 subjek kira bersyukurlah.stress aku time nak exam segala benda tak sempat nak baca habiskan,dah baca pulak bila revise balik rasa macam tak pernah baca. lupa *krik krik*

it was like all things were messed up during exam.padahal baru 1st block .


but it's ok, it was just the beginning of my life as a medical student, and the "not-too-good yet not-so-bad' results of mine marked the beginning of this :D *clap clap* when i look at my marks, i remembered one thing. waktu MMMC entrance interview, sorg panel tu cakap,

"you  don't need to get distinction, if you just pass the paper, that's enough for you. medicine is tough", 

yes. it's though. i knew it. tapi kalau ada rezeki nak distinction, itu tersangatlah gembira naik pentas ambil sijil waktu Annual Day . insyaALLAH ada rezeki ada lah. kita tak tahu lagi perjalanan hidup ni. jauh lagi :)


Buku yang tak bernyawa,walau kaku buku itu,hormatlah .
kalau al-quran kita jatuh atau pun tafsir quran kita jatuh, punyalah cepat2 kita angkat lepas tu usap2,cium kan? sebab kita tahu itu kitab suci. tapi buku?

aku sangat terkesan dengan apa yang aku nampak sebelum test anatomy haritu. buku teks anatomy aku letak atas lantai sekejap sementara nak bukak zip beg untuk simpan. dan ada sorg classmate  lelaki berbangsa india terlanggar (atau mungkin terpijak) buku tu dan terus dia cepat2 ambik buku aku, dan letak di dahi,cium dan letak di dada buku tu, diulang 3 kali. macam biasa kita buat kalau al-quran kita jatuh. dan aku rasa sangat , wahhhhhh!! baru terfikir, aku kadang2 kalau terlanggar buku pun tak la macam tu . aihh malu sendiri tau =_="

buku tu memang tak bernyawa, tapi dalamnya ada ilmu. ilmu untuk kita ni haa nak belajar. buku tu adalah salah satu saluran untuk kita dapat ilmu. haruslah hormat,kan?

dan aku teringat aku pernah baca profile sorang blogger islamik ni, katanya sebelum dia mula study, dia akan berwuduk dulu, so that dia sentiasa dalam keadaan berwuduk bila dia pegang apa2 kitab atau pun buku. dan   buku nota yang dia tulis sendiri tu pun.

aku? tak pernah terfikir pun nak buat =_=" maka dgn itu,marilah kita praktikkan nya bersama hehe


Lagenda ; Sirih Pulang Ke Gagang
8 Dec 2012.hurm ini kira event untuk Malaysian student yang ada merata2 dekat India ni. kira macam citrawarna Malaysia ke,karnival Malaysia ke, Malaysia cultural event ke or whatsoever you wish to call. But this is Lagenda. yang budak student Manipal organize untuk kumpul student malaysia ,ada banyak gerai jual makanan malaysia,ada nasi ayam nasi lemak nasi kerabu roti jala puding kek etc etc etc. ada sedap ada tak sedap ada sederhana ada tak cukup garam ada manis sangat . wahh jujur hidayah haha

dan aku berzapin pada malam itu. wuuu that was my very very very first time dancing in public. cehh tak pernah sebelum ni masuk apa2, buang tebiat sangat. and not bad, ada gambar ada video yang akan aku simpan sampai bila2. tapi serius kalau lepas ni kalau nak berzapin lagi,minta maaf taknak dah. haha

btw thanks to mr photographer . i just love this photo :) 


The turning of 2012 to 2013 
Time flies so fast, only few days left to enter the year 2013. and when it comes to 6th february, i'll be officially 21 years old. a symbol of freedom? nahhhhhh that's nothing ~ maknanya umur makin bertambah ni haruslah menjadi lebih matang. alahhh ai nak jadi budak2 lagi, sweet je gituuuu. hahahaha !

ok family, kawan-kawan bolehlah ready hadiah besday ke ,kad ke boleh post ke manipal ye untuk besday bulan 2 nanti. hahahaha tapi waktu tu aku travel India utk 16 hari :) selalu nampak dekat reception kat lobi hostel,banyak kad,surat ,parcel orang Malaysia hantar ,teringin jugak nak satu, hahahah ada sesiapa nak hantar tak? orang poland dah hantar poskad :) 

dan untuk tahun 2013, aku nak tengok siapa kawan2 aku yang nak kahwin,hohoho ~

ouh one more thing, since 21st dec had just passed, so everyone can just forget about the Mayan calender,the prediction on the doomsday. ye harinya bakal tiba, tapi kita tak boleh teka bila. kita tak tahu bila. teruskan hidup seperti biasa, tapi perbaiki setiap hari kita :)


YES I AM A FUTURE DOCTOR . PRAY FOR ME :) 

..........................................................
"Mengharap bulan jatuh ke riba memang mimpi,buat apa yang patut,usaha yang penting nak capai bulan tu.nak gapai bintang pun boleh,kan? " ~ HidayahHanafi,2012 


No comments:

Post a Comment