Saturday, November 29, 2014

Kudremukh yang ohsem !

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita pasal pendakian. pendakian ke puncak kejayaan. ehh gituuuu. ok tak tak. ni nak cerita pasal awal bulan lepas kitorang pergi hiking. alhamdulilah seronok, tak ada yang cedera patah tangan kaki ke tak ada.

mendaki hari ahad. kebetulan sabtu tu cuti umum jadi ada lah cuti.jadi boleh lah beramai-ramai pergi. tempatnya adalah Kudremukh which is 3 hours journey from manipal. ok lah tu tak jauh sangat sebab kalau dekat India ni ,perjalanan 3 jam tu takde hal ,dah kira dekat sebab India ni besar sangat lahaiiii. tempat hiking tu sebenarnya sebahagian daripada Taman Negara Kudremukh,tapi ada rumah orang duduk dekat dalam tak macam dekat Malaysia. so aku agak mungkin ada binatang buas? nasib tak jumpa harimau waktu berjalan keluar masuk hutan tau hahaha orang kata ada .

sepanjang perjalanan hari sabtu sempat singgah tepi jalan sekejap untuk ambil gambar. Subhanallah cantik sangat banjaran gunung .tengok kiri kanan depan semua gunung. cantik ! dia macam ala2 kundasang gituuu. kawan cakap lah sebab kundasang aku pun belum jejak.


 dalam gambar mungkin tak sama cantik dengan yang asal.
real sebenarnya sangat cantik !



ini ihsan gambar husni , gegadis daki gunung.

Kudremukh ada ladang teh. tak la besar macam ladang teh cameron highland, tapi cantik juga. first time juga lah aku masuk ladang. berlari-lari macam filem hindustan. ok tak tak. boleh je nak masuk , tak ada pagar atau apa-apa yang menghalang. sampai-sampai je terus masuk ladang teh nak bergambar. tapi beli tehnya tidak hahaha maaf tokey ladang teh ! 





dekat sana kitorang duduk satu rumah ni. sebenarnya rumah orang, dia ada sediakan bilik (with attached toilet) untuk disewa para hikers. boleh juga kalau nak tidur dalam khemah.khemah tu dia pasang luar rumah dia, atas bumbung rumah pun ada. lelaki ok lah kot,perempuan susah sikit. tak boleh nak expect tempat tidur yang selesa sangat, untuk tidur semalaman je pun tu kira ok lah. yang penting ada toilet yang bersih. satu bilik sumbat sekali 12 orang .ok boleh imagine besar mana kan bilik tu. gambar tak ada pulak, tapi contact number pakcik rumah tu ada. boleh lah nanti siapa2 yang ada dekat India ni nak hiking dekat kudremukh, contact pakcik ni. makanan disediakan, breakfast,lunch,minum petang, dinner .

nah !


esoknya pagi lagi dah gerak. mungkin pukul 7.30 . ada disediakan guide so jangan risau,dia yang bawa kita sampai ke atas puncak. 4 jam pergi, 3 jam balik (mungkin 3 jam setengah? ) penat lah memang penat. rasanya separuh perjalan adalah berjalan kaki keluar masuk hutan. bila dah sampai betul-betul dekat kaki gunung, itu baru betul-betul rasa letih. aku dah tak rasa kaki dah haha tapi pemandangan sangat cantik ! subhanallah yang nampak cuma gunung-ganang hijau, awan berarak, dan hurm lembu. power lembu-lembu sini dapat panjat gunung. 


yang ini perjalanan jauh lagi. nampak gunung dekat tengah 
yang tegak tu, itu lah dia. 


bagi aku untuk yang tak berapa fit pun boleh je nak daki. kalau penat rehat, lepas tu sambung balik. bawa lah coklat , gula-gula ke, energy drink, air mineral etc yang pasti rasa penat akan hilang bila tengok pemandangan yang ohsem ini . sungguh ! tak ada apa pun, yang ada cuma pokok-pokok, bunga liar, lalang, yang paling best dengar bunyi air terjun dari jauh. angin sepoi-sepoi bahasa gituu.mana nak dapat macam ni dekat manipal, haha paling-paling pun endpoint aje lah yang cantik  



the road taken 


sepanjang perjalanan tu bila jumpa sungai insyaAllah selamat untuk diminum. air bersih sejuk sesangat. air gunung memang lah best. boleh lah buat isi balik air dalam botol yang dah habis.tak payah bawak botol besar pun tak apa, nanti isi lah bila jumpa sungai. takde rasanya risk untuk leptospirosis hehe semua sihat je aku tengok lepas balik manipal. banyak bunga liar juga, petik buat ambil gambar. rasanya tak ada 'penunggu' apa2 kot yang nak marah kalau petik suka-suka hati. orang dulu-dulu lah selalu pesan jangan petik haha




and here it is ! dah sampai pun puncaknya. Karnataka's third highest peak. 1892m above sea level. Karnataka ni satu negeri yang besar dekat India ni. nak katanya manipal ke bangalore yang perjalan naik bas 9-10 jam tu pun sebenarnya masih lagi dalam negeri yang sama. haa gituuuuu.
hiking yang ini achivement unlock jugak la. first time hiking lah, Bukit Broga yang dekat dengan rumah tu pun aku tak naik lagi. hahahah baru lah dapat rasa macam mana rasanya bila kita dah sama paras dengan awan (atau mungkin kabus? haha) .dah tengahari tapi sejuk juga. penat ohoi. sampai je semua orang lapar, bukaklah bekalan lunch yang tuan rumah dah siapkan.

nah untuk semua orang :)

'awan andai dapat kucapai,maka saktilah hamba'- Saifuddin,novel Bagaikan Puteri
maka hamba adalah orang sakti! 


and this is the view from above. 

gegadis panjat gunung kudremukh.yang berdiri and yang duduk belah 
kiri baju putih tu paling power sebab dorang dah hiking dekat nepal.
Thara and Nisa namanya.

seronok sebenarnya. penat pun penat lah. tapi disebabkan puncak tu dari jauh dah nampak, itulah yang buat aku gigih jugak nak panjat sampai ke atas (amboi motivasi sangat ayat).  trek tu berbatu sebenarnya ,sakit juga tiap kali memijak. ada certain bahagian curam, nak naik sakit kaki, nak turun pun sakit jugak.

sama macam hidup kita, target dah jelas ,target dah nampak, atleast senang sikit perjalanan, ye dak? segala distraction sepanjang jalan tu takpe , boleh nak handle. hidup kita ni panjang lagi (insyaAllah), takkan nak biarkan hidup kita stop at one point give up on something. im sure you dont wanna waste your life just like that. and in this case, takkan la aku nak berhenti sebab penat sikit je pun, rugi lah aku dah bayar duit sewa tempo dengan sewa bilik tu ohoi . life is a thrill, bila kau dapat lepas tu semua baru rasa hidup ni ada makna :)

and lastly ,

'dan Dia menancapkan gunung di bumi agar bumi itu tidak goncang bersama kamu,(dan dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk' - an-Nahl, ayat 15




Friday, November 21, 2014

Hidup ni bukan apa yang kita rancangkan.

assalamualaikum

tak sangka blog ni dihidupkan balik hahaha. okay banyak cerita sebenarnya tapi kita slow-slow duluu.

bismillahirrahmanirrahim, baiklah kita mulakan cerita kita pada entry ini.

aku nak cerita satu benda. kadang-kadang perjalanan hidup kita ni bukan macam apa yang kita mahukan.bukan kadang-kadang pun, biasanya selalu jugak kan. macam contoh, kau plan nak pergi singapore weekend lepas dengan kawan-kawan ,tiba-tiba kau sorang tak sihat ,jadi terlepas lah trip . contoh lagi kau dekat kedai nak beli barang yang kau nak sangat, tambah lagi barang tu tinggal satu je, tengok purse duit kosong ,kedai tak terima debit card.melepas lah barang tu.

sedihlah kan? persoalannya sekarang adakah mahu menyalahkan takdir? menyalahkan takdir maknanya menyalahkan Allah yang merancang,kan? hurmm ini bahaya.

macam tu lah aku. belajar dalam bidang yang orang kata susah ni,kadang-kadang memang rasa give up.tambah lagi waktu stress nak exam. during those time, i kept asking myself , why im here studying medicine? bukak facebook tengok kawan-kawan dah nak grad, ada yang dah grad, ada yang dah kahwin (gua lambat lagi bab kahwin).

persoalannya lagi, adakah mahu menyalahkan takdir?

hidup ni bukan semuanya berjalan macam apa yang kita rancangkan. aku sepatutnya 2 tahun setengah dekat Manipal. tapi sekarang dah jadi 3 tahun. tambah lagi 6 bulan. hurmm lama rupanya jadi warga India :) aku berharap untuk lulus final exam year 2 . out of 4 subjects i only passed two. gagal pharmacology and microbiology. memang pada aku susah, tapi alhamdulilah lulus pathology and forensic.sekurang-kurangnya taklah terlalu beban untuk ulang balik belajar dalam masa 6 bulan. ok tak sampai 6 bulan pun.tolak cuti sebulan jadinya 5 months plus/minus. insyaallah akan ambik final exam sekali lagi bulan 2 nanti. insyaallah lulus nanti dapat proceed 3rd year untuk start clinical phase.

persoalannya lagi, adakah mahu menyalahkan takdir untuk semua ni?

aku dapat result waktu dekat korea. spoil betul tengah seronok cuti, dapat result tak lepas T_T  sedih memang sedih la oi, orang lain masuk clinical year, aku (and few of my friends) tercicir kat belakang. tapi masih lagi bersyukur sebab bukan semua subjek gagal. masuk kelas refresher untuk ulang balik pharmac and microb. aku rasa down, yang amat. tengok kawan-kawan yang lain dah sangkut steteskop dekat leher,dengan white coat naik bas college pergi hospital untuk posting. dan aku masih macam biasa pergi kelas bawak buku pharmac and microb.

macam tu lah. rasa low self-esteem. mungkin jugak aku takut dengan pandangan orang, ' eh dia ni fail, boleh ke nak jadi doktor?'

persoalannnya lagi sekali, adakah mahu menyalahkan takdir?

mula-mula memang macam tak boleh terima. tapi sampai one point, aku rasa aku rasa dah boleh terima tapi bukan sepenuhnya. mungkin sebab belum betul-betul berlapang dada dengan apa yang dah Allah tetapkan.

aku jumpa satu blog ni. blog ex-student mmmc . semangat sikit bila baca blog dia. dia pun macam aku,fail 2nd year. bukan dua subjek,tapi semua. elok je dia sekarang jadi HO. terus semangat ,sebab dia bagi aku semangat untuk terus belajar. positif sungguh.

persoalannya, adakah mahu menyalahkan takdir?

TIDAK. Allah menentukan sesuatu sebaik-baiknya untuk kita. mungkin ini yang terbaik. mungkin kalau aku lulus dulu dengan markah yang cuma cukup-cukup makan , mungkin aku susah nak recall segala yang aku dah belajar,sebabnya lulus cuma cukup makan. mungkin inilah waktunya untuk aku fahamkan apa yang aku tak pernah faham. alhamdulilah aku dapat kefahaman yang berganda-ganda sekarang. alhamdulilah untuk result block 1 yang jauhhh lagi baik dari result block 1 setahun hampir setahun yang lepas :')

itulah, hidup ni bukan apa yang kita rancangkan. sebab yang tak menjadi tu, mungkin jalannya lagi baik :)


Wednesday, November 19, 2014

hidayah kembali !

assalamualaikum

Ya ampunnnn. punya lah lama dah tak post apa2 ye dekat sini. hampir setahun. sibuk kononnyaaaa jadi malas nak bercerita. setahun yang banyak cerita, salah satunya adalah takdir yang Allah tentukan untuk aku dalam perjalanan nak jadi doktor ni .sebab tu jugak lah tiba-tiba rasa nak bukak balik blog ni .nak menulis balik haaaaa. nantilah aku renovate balik blog ni. banyak benda tak relevan dah hahahaha. 

ok nanti kalau rajin aku tulis lagi .