Sunday, June 17, 2012

Kolej Mara Seremban ; The Start of Pre-university life (eh tajuk nak hot je kan lol)

assalamualaikum wahai manusia sekalian,selamat datang ke belog hidayah ini.

bila dah keluar result MARA, ramai lah yang sibuk check total views pasal entry yang ditulis berkenaan kolej masing-masing. termasuklah si budak mata sepet ini sibuk 3 kali sehari check dalam blog. heh dasar giler glemer !

oh baiklah

siapa yang mendapat berita gembira untuk memasuki Kolej Mara Seremban, sila lah melawat belog ini. sesungguhnya anda seharusnya bersyukur kerana dipilih oleh Mara untuk diberi biasiswa dari beribu ribu ribu orang yang mohon. kau ingat senang ke? heh jangan komplen nak demand tukar course lain kolej lain. haih.

Kolej Mara Seremban adalah kolej yang agak strategik kedudukannya di bandar Seremban dan sangatlah tersergam indah bersama tangki air yang tinggi di belakang [ ouh kadang-kadang la nampak super indah area kms ni.tp biasanya macammm kelam aje.hehe] . Student KMS selalunya menjadi sumber pendapatan untuk peniaga-peniaga di sekitar KMS, di Medan Selera Penghulu Chantik, kedai photostat dekat medan selera tu [sebab dia boleh supply buku-buku IB dengan ALEVEL dengan hargaaaa yang sangat murah,sebabnya dia fotostat aje buku-buku original. student pun tak larat nak beli buku original lagi2 budak IB yang mencecah jugak ratusan ringgit untuk sebijik buku ye], pasar malam Ampangan setiap selasa dan jumaat, Giant Ampangan dan banyak lagi.

seriously aku duduk kms banyak jugak berjoli duit membeli makanan.kita boleh order makanan dari medan selera dekat Ampangan siap delivery lagi. tapi agak berhati-hati lah ye,sebab nanti jadi macam aku and the gang teraniaya. heh !

tadaaaaaaa !! nah ni lah bangunan utama KMS, ini adalah Bangunan Akademik (BA). yang sebenarnya ia berbentuk hexagon.



Barang Keperluan

Sila lah bawa barang yang secukupnya. Pakaian luar dan dalam, err ok seterika kot2 malas nak menggosok di pantry boleh lah gosok di bilik. ok malas sebenarnya nak cakap bende ni,pandai2 la memikirkan apa yang perlu dibawa. 

oh ye. kot2 ada kakak abang yang ada buku maths,biology,hatta chemistry sekalipun, ataupun apa2 buku yang berguna untuk tahap IB dan ALEVEL, boleh lah digunakan. kalau ada buku Biology Campbell yang tebal dan super berat yang berharga RM100 itu, boleh lah digunakan juga. 

INTERNATIONAL BACCALAUREATE 

Belog ini akan menerangkan tentang IB, kerana penulis adalah bekas pelajar IB. minta maaf A-LEVEL sekalian. 

Ada 6 subjet : 

1.Malay A1 SL
2.ENGLISH A2 SL/HL
3.BUSINESS AND MANAGEMENT/ECONOMICS/ITGS  SL 
4.BIOLOGY HL/ PHYSICS HL (depends on your course in kms)
5.CHEMISTRY HL 
6.MATHEMATICS HL/SL 

HL stands for higher level and SL stands for standard level. 

Akan ada Extended Essay, in which you can choose on what subject you wish to do your EE, but it depends on the subject teachers as well. Tak boleh la sembarangan nak serbu cikgu subject yang senang nak buat EE. contoh EE MALAY A1, hurm pastilah tiap tahun ramai yang bagi proposal nak buat BM. 

Jadi jangan mengharap pada EE MALAY. jangan buat muka kesian merayu-rayu dekat Kapten Azman (salah seorang cikgu BM daripada 2 orang yg tinggal,cikgu Azizah pun nak pencen bulan 9,kesian la cikgu Azman tinggal seorang) ,mungkin boleh rujuk pada cikgu subjek lain.mungkin rezeki di situ untuk buat EE. 

Kita juga ada Theory of Knowledge. Sila persiapkan diri untuk berfikir secara kreatif dan kritis sebab dalam kelas TOK anda diperlukan untuk bercakap dan bercakap, memberi pandangan tentang topik yang dibincangkan. selalunya kelas TOK akan sepi aja,haha 

contoh soalan essay TOK , 

There are no absolute distinction between what is true and what is false. Discuss this claim. 

A model is a simplified representations of some aspect of the world.In what ways may models help or hinder the search for knowledge. 

kita ada Puan Hindon dan Pak Lan untuk TOK. 

Selamat berjaya 

--------------------------------------------------------------------------------------------
entry ni sebenarnya dah lama tulis, tp tak post.