Saturday, September 29, 2012

India - the new chapter, new observation of the the new life ~

assalamualaikum sahabat ~

(entry ini ditulis pada pukul 3 pagi waktu india, ahad 30 sept, baru lepas study anatomy dan tak mengantuk sebab dah tertido drpd pukul 8.30 -11.30 sbb petang td penat shopping.kehkeh)

dah hampir sebulan dekat bumi India, to be specific, manipal. sebulan duduk sini aku tak rasa macam sebulan dekat kms. dulu dekat kms rumah dekat,mmg rasa nak balik aje.tp kat sini nak balik mendenya.haha  makanya tempoh hampir sebulan tu tak terasa sangat.

hampir sebulan, kelas pun dah 3 minggu lebih kurang.sudah dirasai ke-hectic-an nya. bergelar pelajar MBBS, at the very initial stage of medical studies, baru aku rasa kesukarannya untuk belajar. nak kata IB susah *eh memang pun susah* , tp Ib ajar aku untuk adapt dalam MBBS environment.

we have Problem-based learning here, we are given a case study to be discussed in group of 16 students ( my pbl group) , discussing/arguing the hypothesis,issues of the case and learning objectives, and all these things are to be presented exactly a week after the brainstorming. lecturer cuma duduk tepi, duduk senyap and penalise each of us and the performance of the whole group. kalau dalam IB pun aku ada TOK class/oral yang kena discuss/argue topic yang cikgu bagi. so membantu lah tu. hehe

Dissection 
well, i think this is the most interesting part of all. to meet the cadaver. cadaver is dead body. sedap sikit nama dia kan, instead of saying Dead Body or Corpse.second day class dah masuk dissection hall, which i think its too early actually ^_^ dengan rasa yang sangat2 teruja nak tengok cadaver and nak dissect *dan mr raghu, lecturer group aku yg manis orangnya,okeh sila tampar diri sendiri hidayah*  masuk dissect hall dengan disambut bauan formalin. melihat cadaver yang fully naked tanpa tutup apa2 pun, including the genital part. since we got male cadaver, jadi budak lelaki yang rasa malu, hurmm budak perempuan konon2 buat biasa je .

apa yang aku nak cakap sini adalah, kurang rasa hormat kami terhadap cadaver tersebut. err maaf maaf rakan-rakan sekalian,bukan nak kutuk group sendiri. hahahahahahah

mula2 memang seronok tgk cadaver, picit sana picit sini.usik sana usik sini. tapi kadang-kala cadaver tu dijadikan bahan gurauan .mungkin disebabkan keadaannya yang naked itu, mulalah membahan kaum lelaki dan sebaliknya. *maaf berkata begini* .bila baca status classmate Hayati Nasir, memang sentap lah rasanya. walaupun cadaver tu hanyalah mayat,tak bernyawa , tapi asalnya sebelum ni dia bernyawa macam kita semua,hidup macam kita semua. kita tak tahu dia agama apa. mungkin juga Islam, kan kan?

makanya haruslah dituntut menjaga maruah si cadaver itu juga. makanya haruslah hormat sedikit. dan dan kalau tak ada keperluan, larikan pandangan mata anda daripada genital part of the cadaver. bak kata yati, ini boleh menghitamkan hati dan mengurangkan ingatan, tak begitu cik hayati? hehe

Lecture 
tempat yang selesa. lecturer yang bagus dan suka point orang guna roll number untuk jawab soalan dorg on the spot. makanya masing2 dah muka cuak, tunduk kepala. haha

"roll no 45, could you please tell me what we have learnt in previous class? summarize them " ,  (konon2 la mcm ni, 45 no aku)

for the 1st block (10 weeks) , susunan tenpat duduk ikut roll no. memang tak kira lah lelaki ke perempuan kan, memang nasib la kalau tgk partner kiri kanan lelaki, kita sorg duk tengah. well, aku duduk paling tepi, belah kanan amirul, sebelah amirul syaza, cewahh amirul diapit dua perempuan.

tapi tapi aku actually prefer untuk duduk sebelah perempuan jugak. sebab senang takde halangan kalau bersentuh/bergesel tangan. kan kan? dan aku rasa semua kaum muslimin juga prefer benda yg sama untuk duduk sebelah lelaki jugak :D

odah,bella,mia,abz,nobid,syaza,azhar


Local Indian 
bak kata wani azmee, dekat sini sekecil-kecil pekerjaan pun diorang buat. and yes that's true. nampak sorg makcik pakai sari lusuh je,duduk mencangkung dekat atas tanah tengah cabut rumput. lepas habis lecture, akan datang dua orang makcik bawak kain basah untuk lap papan hijau,bersihkan habuk kapur *kalau dekat kms, whiteboard tu ada yang hitam, sebab tak padam bersih2, hehe*

selalu nampak pakcik2 yang sangat kurus, gua tengok kaki dia pun keding sangat tulang aje, tapi boleh angkat beban yang aku nampak benda tu berat sangat. makcik/akak room cleaning yang buat kerja sampai pukul 11 malam, datang ketuk pintu bilik nak bersihkan bilik dan toilet.

cuba tengok dekat malaysia, orang yang badan sihat,cukup kuat pun malas nak kerja. tengok dekat sini, dorg kerja nak cari duit. sebab kerja pun susah kan sini.

tengok lecturer pun naik skuter je. tengok henfon student canggih-manggih slide bagai,henfon lecturer tu yang  screen hitam putih. pakcik msu dekat btn aritu ada cakap, duit scholarship student lagi banyak drpd gaji lecturer sini. lecturer pakai motor kapcai je, student ada yg motor besar. ada lecturer yang balik jalan kaki je (maybe rumah dekat kot, saving sikit, dekat india harga petrol naik). dan lecturer sangatlah nampak macam orang biasa. ada yang ingat mr raghu tu lab assistant. huhuhuhuhuhu . tp hakikatnya dia adalah lecturer anatomy yang tengah buat phd.


ni orang dekat kedai baju dekat udupi, seronok sangat dorg bila wani kata nak amik gamba, semua nak tengok gambar tu :D


Lain-lain 
btw aku dah kena dirhhoea dekat sini. dan demam panas. ish ish. entah apa lah makan. tapi waktu hari kejadian *ehehehhehe* aku makan sepinggan dengan atiqah, benda yang sama. spegeti cheese chicken. sihat je atiqah, aku je yg kena. hohohoh

pergi kasturba hospital untuk amik hepatitis vaccine injection. keadaan yang aku rasa sangat awkward adalah, bila naik tangga, manusia bergelimpangan lah tidur dekat tangga. wuuuu aku yang cuak nak naik tangga. bila lalu situ, semua mata pandang. dan ward yang sesak, dengan patient dan family. aku rasa memang sangat sesak masuk hospital tu.

dan dan aku takut anjing. mana2 pegi mesti nampak anjing.dan pastinya aku akan menyorok belakang kawan aku,sambil observe anjing tu tengah buat apa, mengharap dia tak jalan ke arah aku. ok fineeeee aku tak suka anjing lahhhh !

nah untuk tatapan semua : the auto . 

sekian, terima kasih. 







Sunday, September 16, 2012

The journey begins ~ India


assalamualaikum~

klia-chennai, chennai-bangalore, bangalore-mangalore , mangalore- manipal ( by bus)

alhamdulilah sampai jugak. penat nya rasa perjalanan. sampai chennai pukul 12.30 pagi waktu india.duk melangok dekat airport (yg aku rasa macam bus stop) dekat 4 jam. naik flight balik and turun bangalore pukul 5.50 pagi . flight delay pulak lagi. pukul 9 kot naik flight gerak mangalore. btw airport bangalore sangat cantik ! orang kata klia yang design . no wonder nampak mewah :D dari mangalore ke manipal naik bus. ouhhh mannnnn! bas sangat sendat macam sardin.2 hours hourney by bus !





dan akhir kata, selamat sampai ke 'The Incredible India' ni. macam tagline tourism India.haha bas yang sangat bergoyang,gua pulak yang cuak dalam bas takut beg dekat atas tu jatuh ke bawah. hon sana hon sini. meriahnya jalan raya :D

sampai uni masuk dewan yang cantik itu. aku tgk macam dewan makan dalam harry potter.kehkeh dan pihak uni sangat baik menyediakan makanan untuk makanan tengahari. serius lapar tak makan apa. dah la dlm flight dapat nasi vegetarian je ^__^'' . makan nasi lauk2 india ni la. beriani kambing! shedapnyaaaa .menyesal amik sikit je .lol

dan 2 hari lepas tu.kelas pun bermula . huuuuuu alhamdulilah ok2 aje. boleh la faham apa yang lecturer ajar. and one thing that you should know. dekat sini ada satu rule yang memang rasa macam absurd gilaaaa. ok maybe they thing that's not absurd. tapi tapi.. ok i will list it out.

1. students are not allowed to go to toilet during lecture. nasib la kalau time tu kau tgh sakit perut waktu kelas dissection yang dua jam tu. tahan aje la .once you go out from the lecture hall, lecturers will not tick your attendance .

2.cannot eat. DRINK. hahahahahhaha !i used to eat sweets kalau mengantuk.tapi kalau kat sini tak berani aihhh. kang tak pasal2 ada yang report, mmg kosong attendance aku. even to drink plain water pun, fikir banyak kali jugak. to the lecturers, its not appropriate to do so. so better jangan.

3.please come before lecturers come into the lecture hall. even if you late by just few fewwwww minutes. zero attendance !

4. No cameras, no handfone during lecture. kalau henfon bunyi time lecture, zero attendance. haha

and ada lagi. takpela nanti :D

talk about food. alhamdulilah so far no food poisoning.still can eat happily . no worries :) harga murah and banyak kuantiti nasinya. there is one restaurant in food court that serve malaysian menu. memang laku la kedai tu~  yang ni makan sorg memang banyak sangatttt. eh subway pun ada kat food court, xyah gi jauh2. haha



and here there is one place named END POINT. bukan end point of titration. haha jalan jauh sikit,hati2 dengan tahi lembu merata-rata (tp tak berbau pulak), dengan anjing lagi . jalan sikit naik bukit ikut joging track, ada padang bola yang besarrrr. haa sini la kot END POINT. cantik sangat bila sampai satu part kita boleh nampak ada sungai dekat bawah tu :) ok cantik juga India .hehe




kiranya sampai di sini sahaja. ada masa boleh tulis lagi insyaALLAH :D

wassalam .

p/s: sesiapa nak my fon number in india boleh pm kat fb ye .



Friday, September 7, 2012

Malaysia - India


assalamualaikum sahabat~

sikit je masa yang tinggal. sikit je masa yang ada nak duduk lepak-lepak membuang masa macam biasa. sikit je lagi ruang waktu yang ada untuk bersama keluarga, dan tak lupa untuk tidur dalam bilik kesayangan.sebabnya 9/9 dah hampir tiba. now dah sabtu. esok lah !

ok cuak la ni. haritu boleh je relek lagi kata tak cuak. tapi hari ni tidak :(

bak kata iliana, ''Sedih nak fly sebenarnya, tapi at least kawan sekolej ramai gi manipal, so, alhamdulillah T.T wuwuuuu'' 

satu perkara aku cuak ni. bila orang agen bagi briefing pasal flight details. rupanya xde sorg pun wakil agen yang akan ikut sekali pergi sana.ouh mannnn! gua konfiden je ,teringat pakcik msu yg bagi briefing dekat btn dulu tu. fuhh fuhh gambaran yang langsung tak sama. takpa nanti mengharap hazim untuk lead dengan baik kami yang 58 orang ni.

58 orang kms + 23 orang kolej lain = manipal

ramainyaaa lahhhhhh! penuh dan padat dan bisinglah klia ruang legar kaunter F nanti.

ok terima kasih kepada senior yang rajin menjawab segala persoalan aku yang pelik2. kak anisah ,kak ainur atiqah.pasal bank draft hostel payment yang buaaapakkkkkk mahal tu.pasal buku, daily/monthly expenses,duit rupee duit rm duit usd etc etc etc.

mengharap untuk duit yang Mara kasi tu cukup, dan mengharap duit tu berlebih2 sebab time ni la gua nak menyimpan dengan banyakkk. sebab Mara kasi duit in usd. konon2 nanti kalau banyak menyimpan bolehlah digunakan untuk kegunaan masa depan .then kita kembangkan lagi duit tu dlm ASB .contoh,guna untuk bayar pendahuluan kereta, tak pun untuk urusan kahwin. eh? *gatal hidayah*

eh tapi betulla jugak. takkan nak mintak banyak2 kat parents pulak nanti,kan?

terima kasih kepada cikgu2 sk beranang, smk khir johari, beranang (untuk puan afidah yang datang kenduri 2 hari berturut2,hari sabtu kenduri kesyukuran aku nak fly,ahad kenduri kaklang kahwin.sbb kami dua orang pelajar dia ^--^ ) cikgu2 sm sains seri puteri,dan kolej mara seremban untuk ilmu yang diberi :D

hope to study well in india :D

mengharap peluang ini tidak disia-siakan. menganggap ini adalah peluang keemasan yang sangat2 ternilai. menganggap ini adalah sesuatu yang datang sekali seumur hidup (eh memang lah kan?) .mengharap aku dapat keputusan yang baik, which enable me to go to the next stage of my studies. mimpikan hari di mana aku pegang ijazah perubatan di melaka kelak ,mengharap mak dengan ayah boleh bergambar sebelah aku waktu ambil gambar konvo . insyaALLAH :)



9/9/2012 - bertolak
12/9/2012- daftar sebagai pelajar

insyaALLAH umur panjang, nantikan kemunculan Dr Hidayah Hanafi ye !

Amin Yaa Rabbal Alaminnn