Friday, November 21, 2014

Hidup ni bukan apa yang kita rancangkan.

assalamualaikum

tak sangka blog ni dihidupkan balik hahaha. okay banyak cerita sebenarnya tapi kita slow-slow duluu.

bismillahirrahmanirrahim, baiklah kita mulakan cerita kita pada entry ini.

aku nak cerita satu benda. kadang-kadang perjalanan hidup kita ni bukan macam apa yang kita mahukan.bukan kadang-kadang pun, biasanya selalu jugak kan. macam contoh, kau plan nak pergi singapore weekend lepas dengan kawan-kawan ,tiba-tiba kau sorang tak sihat ,jadi terlepas lah trip . contoh lagi kau dekat kedai nak beli barang yang kau nak sangat, tambah lagi barang tu tinggal satu je, tengok purse duit kosong ,kedai tak terima debit card.melepas lah barang tu.

sedihlah kan? persoalannya sekarang adakah mahu menyalahkan takdir? menyalahkan takdir maknanya menyalahkan Allah yang merancang,kan? hurmm ini bahaya.

macam tu lah aku. belajar dalam bidang yang orang kata susah ni,kadang-kadang memang rasa give up.tambah lagi waktu stress nak exam. during those time, i kept asking myself , why im here studying medicine? bukak facebook tengok kawan-kawan dah nak grad, ada yang dah grad, ada yang dah kahwin (gua lambat lagi bab kahwin).

persoalannya lagi, adakah mahu menyalahkan takdir?

hidup ni bukan semuanya berjalan macam apa yang kita rancangkan. aku sepatutnya 2 tahun setengah dekat Manipal. tapi sekarang dah jadi 3 tahun. tambah lagi 6 bulan. hurmm lama rupanya jadi warga India :) aku berharap untuk lulus final exam year 2 . out of 4 subjects i only passed two. gagal pharmacology and microbiology. memang pada aku susah, tapi alhamdulilah lulus pathology and forensic.sekurang-kurangnya taklah terlalu beban untuk ulang balik belajar dalam masa 6 bulan. ok tak sampai 6 bulan pun.tolak cuti sebulan jadinya 5 months plus/minus. insyaallah akan ambik final exam sekali lagi bulan 2 nanti. insyaallah lulus nanti dapat proceed 3rd year untuk start clinical phase.

persoalannya lagi, adakah mahu menyalahkan takdir untuk semua ni?

aku dapat result waktu dekat korea. spoil betul tengah seronok cuti, dapat result tak lepas T_T  sedih memang sedih la oi, orang lain masuk clinical year, aku (and few of my friends) tercicir kat belakang. tapi masih lagi bersyukur sebab bukan semua subjek gagal. masuk kelas refresher untuk ulang balik pharmac and microb. aku rasa down, yang amat. tengok kawan-kawan yang lain dah sangkut steteskop dekat leher,dengan white coat naik bas college pergi hospital untuk posting. dan aku masih macam biasa pergi kelas bawak buku pharmac and microb.

macam tu lah. rasa low self-esteem. mungkin jugak aku takut dengan pandangan orang, ' eh dia ni fail, boleh ke nak jadi doktor?'

persoalannnya lagi sekali, adakah mahu menyalahkan takdir?

mula-mula memang macam tak boleh terima. tapi sampai one point, aku rasa aku rasa dah boleh terima tapi bukan sepenuhnya. mungkin sebab belum betul-betul berlapang dada dengan apa yang dah Allah tetapkan.

aku jumpa satu blog ni. blog ex-student mmmc . semangat sikit bila baca blog dia. dia pun macam aku,fail 2nd year. bukan dua subjek,tapi semua. elok je dia sekarang jadi HO. terus semangat ,sebab dia bagi aku semangat untuk terus belajar. positif sungguh.

persoalannya, adakah mahu menyalahkan takdir?

TIDAK. Allah menentukan sesuatu sebaik-baiknya untuk kita. mungkin ini yang terbaik. mungkin kalau aku lulus dulu dengan markah yang cuma cukup-cukup makan , mungkin aku susah nak recall segala yang aku dah belajar,sebabnya lulus cuma cukup makan. mungkin inilah waktunya untuk aku fahamkan apa yang aku tak pernah faham. alhamdulilah aku dapat kefahaman yang berganda-ganda sekarang. alhamdulilah untuk result block 1 yang jauhhh lagi baik dari result block 1 setahun hampir setahun yang lepas :')

itulah, hidup ni bukan apa yang kita rancangkan. sebab yang tak menjadi tu, mungkin jalannya lagi baik :)


5 comments:

  1. aku masa 2nd year pun failed final exam... tp bila re seat alhamdulillah lulus.. nanti masa kau masuk clinical year inshaAllah kau lagi hebat la dari kawan kau yg lain dlm bab pharmaco dgn microbe. teruskan usaha jangan putus asa. All the best!! <3 <3 <3 :)

    ReplyDelete
  2. Nak tanya. Korang ada x proexam yang masuk 1st and 2nd year punya subjek? ��

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete