Sunday, June 17, 2012

Kolej Mara Seremban ; The Start of Pre-university life (eh tajuk nak hot je kan lol)

assalamualaikum wahai manusia sekalian,selamat datang ke belog hidayah ini.

bila dah keluar result MARA, ramai lah yang sibuk check total views pasal entry yang ditulis berkenaan kolej masing-masing. termasuklah si budak mata sepet ini sibuk 3 kali sehari check dalam blog. heh dasar giler glemer !

oh baiklah

siapa yang mendapat berita gembira untuk memasuki Kolej Mara Seremban, sila lah melawat belog ini. sesungguhnya anda seharusnya bersyukur kerana dipilih oleh Mara untuk diberi biasiswa dari beribu ribu ribu orang yang mohon. kau ingat senang ke? heh jangan komplen nak demand tukar course lain kolej lain. haih.

Kolej Mara Seremban adalah kolej yang agak strategik kedudukannya di bandar Seremban dan sangatlah tersergam indah bersama tangki air yang tinggi di belakang [ ouh kadang-kadang la nampak super indah area kms ni.tp biasanya macammm kelam aje.hehe] . Student KMS selalunya menjadi sumber pendapatan untuk peniaga-peniaga di sekitar KMS, di Medan Selera Penghulu Chantik, kedai photostat dekat medan selera tu [sebab dia boleh supply buku-buku IB dengan ALEVEL dengan hargaaaa yang sangat murah,sebabnya dia fotostat aje buku-buku original. student pun tak larat nak beli buku original lagi2 budak IB yang mencecah jugak ratusan ringgit untuk sebijik buku ye], pasar malam Ampangan setiap selasa dan jumaat, Giant Ampangan dan banyak lagi.

seriously aku duduk kms banyak jugak berjoli duit membeli makanan.kita boleh order makanan dari medan selera dekat Ampangan siap delivery lagi. tapi agak berhati-hati lah ye,sebab nanti jadi macam aku and the gang teraniaya. heh !

tadaaaaaaa !! nah ni lah bangunan utama KMS, ini adalah Bangunan Akademik (BA). yang sebenarnya ia berbentuk hexagon.



Barang Keperluan

Sila lah bawa barang yang secukupnya. Pakaian luar dan dalam, err ok seterika kot2 malas nak menggosok di pantry boleh lah gosok di bilik. ok malas sebenarnya nak cakap bende ni,pandai2 la memikirkan apa yang perlu dibawa. 

oh ye. kot2 ada kakak abang yang ada buku maths,biology,hatta chemistry sekalipun, ataupun apa2 buku yang berguna untuk tahap IB dan ALEVEL, boleh lah digunakan. kalau ada buku Biology Campbell yang tebal dan super berat yang berharga RM100 itu, boleh lah digunakan juga. 

INTERNATIONAL BACCALAUREATE 

Belog ini akan menerangkan tentang IB, kerana penulis adalah bekas pelajar IB. minta maaf A-LEVEL sekalian. 

Ada 6 subjet : 

1.Malay A1 SL
2.ENGLISH A2 SL/HL
3.BUSINESS AND MANAGEMENT/ECONOMICS/ITGS  SL 
4.BIOLOGY HL/ PHYSICS HL (depends on your course in kms)
5.CHEMISTRY HL 
6.MATHEMATICS HL/SL 

HL stands for higher level and SL stands for standard level. 

Akan ada Extended Essay, in which you can choose on what subject you wish to do your EE, but it depends on the subject teachers as well. Tak boleh la sembarangan nak serbu cikgu subject yang senang nak buat EE. contoh EE MALAY A1, hurm pastilah tiap tahun ramai yang bagi proposal nak buat BM. 

Jadi jangan mengharap pada EE MALAY. jangan buat muka kesian merayu-rayu dekat Kapten Azman (salah seorang cikgu BM daripada 2 orang yg tinggal,cikgu Azizah pun nak pencen bulan 9,kesian la cikgu Azman tinggal seorang) ,mungkin boleh rujuk pada cikgu subjek lain.mungkin rezeki di situ untuk buat EE. 

Kita juga ada Theory of Knowledge. Sila persiapkan diri untuk berfikir secara kreatif dan kritis sebab dalam kelas TOK anda diperlukan untuk bercakap dan bercakap, memberi pandangan tentang topik yang dibincangkan. selalunya kelas TOK akan sepi aja,haha 

contoh soalan essay TOK , 

There are no absolute distinction between what is true and what is false. Discuss this claim. 

A model is a simplified representations of some aspect of the world.In what ways may models help or hinder the search for knowledge. 

kita ada Puan Hindon dan Pak Lan untuk TOK. 

Selamat berjaya 

--------------------------------------------------------------------------------------------
entry ni sebenarnya dah lama tulis, tp tak post. 






21 comments:

  1. use to want to be there :p
    but here much better duh! haha

    ReplyDelete
  2. akak,, post la lagi pasal ib..

    ReplyDelete
  3. Akak, biasa nya kat KMS untuk pergi ke mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dapat course apa? kalau medic,setakat ni kalau yg dekat KMS masih lagi hantar ke India.and mostly student medic kms pilih india. depends also to which country you are bound to.tgk offer letter. kalau akak dulu poland,czech,india. and i chose india.
      if ur course is biotech,usually students pegi australia,and new zealand. but very few fly to uk.

      alevel enginering pegi australia,new zealand,uk.

      Delete
    2. salam :) akak saya dapat tindikan bio......if my IB score very welll, can i choose to take medic?

      Delete
  4. can you tell me how much the fees for registration is? and also if you can claim the payment from mara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. what program u got? Ib or Alevel? bout the fees,sorry that i dont remember the exact amount, yes you can claim the money but not the full amount. and it takes time. last time mara gave us cheque instead of directly bank in the money.
      and for IB student,they have to buy the GDC calculator,its about rm450 if im not mistaken, and for this one you will also get the money back :)

      Delete
  5. Kakak nk tnya kalau outing macam mana????
    Bleh keluar setiap hari ke???
    Kalau waktu akademik mcam mana plak???
    Elaun mara brpa sebulan 100 ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap2 petang boleh keluar. kms ni dekat bandar seremban,jadi ada banyak taman.petang2 ramai je keluar pegi joging,weekend byk je tempat nak pegi.jusco,seremban parade,terminal one :) kalau ikutkan rule,before pukul 7 kena balik kms lah, tapi biasa je balik lmbt dari tu,tapi janganlah lambat sgt nnt warden marah lah jugak. waktu akademik dari pukul 8 sampai 2.30 ptg for IB,and till 1,30 for alevel. pukul 10-10.30 rehat. during my time yes we got 100 per month,but now im not sure, sama je kot :) if u wanna ask anything,add my fb :) sbb jarang la nak bukak blog.

      Delete
  6. assalam kak, saya ada baca sebuah blog yg mengatakan fees yagn kena bayar hari register tu rm1500 (betul kan?), adakah rm1500 itu boleh diclaim dpd mara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hurm pasal fees akak tak ingat jumlah sebenar. tapi lebih kurang lah tu rasanya. mmg boleh claim,semua org akan dpt duit balik. tapi tak pasti sama ada dpt the whole amount or not. serius lupa hahaha maafffff . tp lmbt sikit la.dlm few months kot. yg duit yuran time akak dulu bagi dlm cek, tak direct masuk bank acc. awak IB ke alevel?

      Delete
  7. Akak..saya dpt IB di KMS..IB ni susa ke?

    ReplyDelete
  8. Akak..saya dpt IB di KMS..nk tnye IB ni susa x?

    ReplyDelete
  9. Saya pun dpt IB di KMS .. saya da terima tawaran tu .. tp rasa takut pula sbb IB ni katanya susah giler.. jadi saya mohon penjelasan lagi tentang IB .. dan jika result IB tak berapa bagus kita masih boleh teruskan belajar di malaysia ke ?

    ReplyDelete
  10. Akak nak tukar course boleh ke

    ReplyDelete
  11. Hi sis maaf nak tanya, kat kms boleh bwk kereta tak?

    ReplyDelete
  12. Hi sis maaf nak tanya, kat kms boleh bwk kereta tak?

    ReplyDelete