Monday, November 25, 2013

Mentari





Di ufuk barat
 Kulihat mentari kian hilang 
Ditelan waktu di kaki langit

 Moga esok
 Aku temui lagi mentari 
Di ufuk timur menyapa bumi 

Kiranya esok masih tegak berdiri.

[HH,2013]


Sunday, October 6, 2013

Penyaksian terhadap kematian.

Kehidupan dan kematian.

Bakal menjadi seorang doktor, yang aku pasti memang aku akan berhadapan dengan kematian di depan mata.Satu hari nanti. Mungkin, setiap bulan,setiap minggu atau setiap hari.

Sepatutnya menyaksikan kematian atau melihat mayat di depan mata itu cukup untuk buat diri muhasabah.

Ahhhh, entah. aku tak pasti apa akan aku rasa nanti.

Yang aku harapkan, penyaksian aku terhadap mana-mana kematian mampu untuk dekatkan aku dengan Sang Pencipta.

Bukan hanya penyaksian kosong tanpa makna.


Friday, December 28, 2012

Semua dah ada,cuma manusia yang perlu merungkai,kan?

assalamualaikum .

hai hidayah kembali lagi . marilah ajak kawan-kawan,pakcik,makcik,mak,ayah,adik,kakak,abang, makcik cleaner, CEO mana-mana company,cikgu-cikgu sekalian, ustaz,blogger atau sesiapa sahaja untuk membaca post kali ini yeay!

macam lah femes sangat hidayah ni lol =_="

dan aku bukan nak bercerita perkara fiksyen,tapi nak share something, yang ahh sumpah AWESOME ! awesome lah ni tolong percaya :D :D

EMBRYOLOGY IN AL-QURAN 

Biasalah hari jumaat dekat sini ada gap dari pukul 10 sampai pukul 2. 10.30 pagi ada USMAT. apa itu? Usrah Jumaat .memandangkan usmat bukanlah wajib dan tak ambil kedatangan,ada jugak lah hari yang aku ponteng. wahh jujur sejujurnya hidayah ini :)

tapi usmat hari ni mmg gua rasa rugi kalau tak datang dow. aku suka suka suka sangat kali 150 juta! walaupun aku masuk lambat 10 minit sebab pergi melantak dulu dekat foodcourt .heh . eh terima kasih kepada saudara Affan Aufa yang memberi pengisian.

aku bukan nak bercerita.cuma nak share ayat Al-Quran, tentang kejadian janin di dalam rahim .moga bermanfaat :)

 As-Sajadah, ayat 9 

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan dia menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. 

 Al-Hijr, ayat 26

Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 

(ada terbaca ke terdengar entah,ada seorang saintis yang mengkaji kulit manusia, dan dia bandingkan kulit manusia dengan komposisi tanah, ada persamaan. dan beliau masuk Islam. taktahu nama,bolehlah google sendiri )

 Al-Hijr , ayat 28-29

28. dan (Ingatlah),ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat, " Sungguh, Aku menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 

29. Maka apabila aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh ciptaan-Ku ke dalamnya,maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. 

 Al-Mukminum , ayat 12-15

12. Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. 

13. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). 

14. Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat,lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging,dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik. 

15. Kemudian setelah itu, sungguh kamu pasti mati . 

Inilah dia, sedikit petikan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang penciptaan manusia. Al-Quran dah lama dah turun,zaman yg belum ada teknologi.tapi macam mana boleh cerita kajian yang saintis baru jumpa,kan?

takpe, aku tak payah cakap, korang semua tahu :D :D :D

Semua dah ada terkandung dalam Al-Quran ,cuma Allah memberi masa untuk kita manusia ini merungkainya (bak kata Affan Aufa tadi )

Jadi kesimpulannya, beginilah.

Sains itu tunduk pada Al-Quran :)



Saturday, December 22, 2012

random : apa yang aku lihat,apa yang aku rasa,apa yang aku baca ~

assalamulaikum :D

nampaknya agak lama juga aku tidak berkata2 di belog ini. ditinggalkan kosong sepi tanpa ada apa2 cerita yang boleh dikongsi. sebenarnya banyak je benda yang aku nak cakap, tapi tiap kali nak tulis, hurm macam2 benda lah nak buattt. nota itu nota ini tulis practical tu tulis practical ini, belek2 atlas nak revise anatomy untuk prepare masuk dissection hall jumpa cadaver terlentang kaku, revice nota physiology biochem anatomy nanti lecturer tanya randomly before dia start new lesson for that day (macam teacher rohana hehe :) ) , kelas pukul 8 pagi sampai pukul 4 atau 5 petang tiap hari, kalau bernasib baik pukul 3.30 habis dah, kalauuuuu lah bernasib baik bila lecturer ppd tak jadi masuk kelas .  eh tapi facebook boleh je online. ouhh itu boleh aje, facebook boleh je on sambil buat nota buat kerja revise atlas. kalau berblogging memerlukan masa untuk aku menulis,pastinya lama kehkehkeh .

baiklah hidayah, berhenti dengan kata alu-aluan . dan hidayah mahu bercerita secara random. apa yang dilihat,apa yang dirasa.

Result exam block 1
Taklah cantik sangat markah tu (kecuali physiology yg boleh aku banggakan sikit nak compare dua subjek lagi tu) ,and taklah buruk sangat markah tu hahaha yang penting aku lulus semua 3 subjek kira bersyukurlah.stress aku time nak exam segala benda tak sempat nak baca habiskan,dah baca pulak bila revise balik rasa macam tak pernah baca. lupa *krik krik*

it was like all things were messed up during exam.padahal baru 1st block .


but it's ok, it was just the beginning of my life as a medical student, and the "not-too-good yet not-so-bad' results of mine marked the beginning of this :D *clap clap* when i look at my marks, i remembered one thing. waktu MMMC entrance interview, sorg panel tu cakap,

"you  don't need to get distinction, if you just pass the paper, that's enough for you. medicine is tough", 

yes. it's though. i knew it. tapi kalau ada rezeki nak distinction, itu tersangatlah gembira naik pentas ambil sijil waktu Annual Day . insyaALLAH ada rezeki ada lah. kita tak tahu lagi perjalanan hidup ni. jauh lagi :)


Buku yang tak bernyawa,walau kaku buku itu,hormatlah .
kalau al-quran kita jatuh atau pun tafsir quran kita jatuh, punyalah cepat2 kita angkat lepas tu usap2,cium kan? sebab kita tahu itu kitab suci. tapi buku?

aku sangat terkesan dengan apa yang aku nampak sebelum test anatomy haritu. buku teks anatomy aku letak atas lantai sekejap sementara nak bukak zip beg untuk simpan. dan ada sorg classmate  lelaki berbangsa india terlanggar (atau mungkin terpijak) buku tu dan terus dia cepat2 ambik buku aku, dan letak di dahi,cium dan letak di dada buku tu, diulang 3 kali. macam biasa kita buat kalau al-quran kita jatuh. dan aku rasa sangat , wahhhhhh!! baru terfikir, aku kadang2 kalau terlanggar buku pun tak la macam tu . aihh malu sendiri tau =_="

buku tu memang tak bernyawa, tapi dalamnya ada ilmu. ilmu untuk kita ni haa nak belajar. buku tu adalah salah satu saluran untuk kita dapat ilmu. haruslah hormat,kan?

dan aku teringat aku pernah baca profile sorang blogger islamik ni, katanya sebelum dia mula study, dia akan berwuduk dulu, so that dia sentiasa dalam keadaan berwuduk bila dia pegang apa2 kitab atau pun buku. dan   buku nota yang dia tulis sendiri tu pun.

aku? tak pernah terfikir pun nak buat =_=" maka dgn itu,marilah kita praktikkan nya bersama hehe


Lagenda ; Sirih Pulang Ke Gagang
8 Dec 2012.hurm ini kira event untuk Malaysian student yang ada merata2 dekat India ni. kira macam citrawarna Malaysia ke,karnival Malaysia ke, Malaysia cultural event ke or whatsoever you wish to call. But this is Lagenda. yang budak student Manipal organize untuk kumpul student malaysia ,ada banyak gerai jual makanan malaysia,ada nasi ayam nasi lemak nasi kerabu roti jala puding kek etc etc etc. ada sedap ada tak sedap ada sederhana ada tak cukup garam ada manis sangat . wahh jujur hidayah haha

dan aku berzapin pada malam itu. wuuu that was my very very very first time dancing in public. cehh tak pernah sebelum ni masuk apa2, buang tebiat sangat. and not bad, ada gambar ada video yang akan aku simpan sampai bila2. tapi serius kalau lepas ni kalau nak berzapin lagi,minta maaf taknak dah. haha

btw thanks to mr photographer . i just love this photo :) 


The turning of 2012 to 2013 
Time flies so fast, only few days left to enter the year 2013. and when it comes to 6th february, i'll be officially 21 years old. a symbol of freedom? nahhhhhh that's nothing ~ maknanya umur makin bertambah ni haruslah menjadi lebih matang. alahhh ai nak jadi budak2 lagi, sweet je gituuuu. hahahaha !

ok family, kawan-kawan bolehlah ready hadiah besday ke ,kad ke boleh post ke manipal ye untuk besday bulan 2 nanti. hahahaha tapi waktu tu aku travel India utk 16 hari :) selalu nampak dekat reception kat lobi hostel,banyak kad,surat ,parcel orang Malaysia hantar ,teringin jugak nak satu, hahahah ada sesiapa nak hantar tak? orang poland dah hantar poskad :) 

dan untuk tahun 2013, aku nak tengok siapa kawan2 aku yang nak kahwin,hohoho ~

ouh one more thing, since 21st dec had just passed, so everyone can just forget about the Mayan calender,the prediction on the doomsday. ye harinya bakal tiba, tapi kita tak boleh teka bila. kita tak tahu bila. teruskan hidup seperti biasa, tapi perbaiki setiap hari kita :)


YES I AM A FUTURE DOCTOR . PRAY FOR ME :) 

..........................................................
"Mengharap bulan jatuh ke riba memang mimpi,buat apa yang patut,usaha yang penting nak capai bulan tu.nak gapai bintang pun boleh,kan? " ~ HidayahHanafi,2012 


Friday, November 2, 2012

Embryology ; Manusia

assalamualaikum wbt~

It's November now ! Nearly 2 months in India. tapi aku rasa macam dah lama pulak duduk manipal ni haha menunggu dengan sabarnya cuti sem Februari depan untuk Hidayah travel India 16 hari. komfem tak balik Malaysia,lepas raya baru balik.memang raya Manipal lah nanti dengan final exam year 1. ouh itu sangat tidak seronok.

Topik hari ini ; Sains dan Manusia

amboi kemain tau topik macam nak buat tajuk seminar kajian Sains dan Manusia hehe

sebenarnya aku rasakan seronok bila masuk bidang ni. belajar ilmu perubatan yang sangat kompleks *tapi segala test yang datang bertubi2,dan result test yang ditampal dekat board luar lecture hall dan block exam tak lama lagi, itu sangat tidak best* , faham kenapa ada orang dua kaki tak sama panjang, kenapa baby lahir boleh jadi simptom kaki duyung, kenapa ada certain orang tu timbul tulang dekat belakang badan seolah2 nampak macam wings, kenapa ada orang jari tak boleh lurus, kenapa ada orang tak boleh angkat tangan sampai atas kepala, kenapa baby boleh lahir dengan macam2 kecacatan dan banyak lagi. sangat banyak. dan tiap kali aku belajar something new, aku akan relatekan apa yang aku belajar tu dengan sesiapa yang aku kenal dan baru faham, "ouhhh kaki dia pendek sebelah sebab coxa vera" (tak pasti sbb baru tau tadi)

setakat ni, belajar Embrology adalah sesuatu yang aku rasakan sangat sangat menarik. penciptaan seorang manusia yang sangat kompleks daripada mulanya pembentukan sperma dan ovum, fertilisation, implantation of blastocysts to endometrium lining, dan proses yang berlaku setiap hari.

kalau dari zaman sekolah,zaman Ib kalau belajar benda ni pun aku rasa simple je. tapi dalam Embryology tunjuk lepas fertilisation, apa yang jadi pasal cell, hari ke-8 lepas fertilisation apa perubahan yang berlaku pada cell, hari ke-9, hari ke-11,hari ke -12 dan hari2 dan bulan2 yang seterusnya. rumit kan?

dan aku baru belajar setakat 3-weeks of intrauterine life~ still have a lot more to go up to 9 months of pregnancy :)

bayangkan daripada hanya sperm dan ovum yang sangat kecil itu,membentuk zygote, kemudian menjadi morula,dan kemudian menjadi blastocyts,dan akhirnya membentuk kita seorang manusia yang sangat besar ini *hurm bergantung kepada saiz badan masing-masing* , bak kata lecturer,dulu kita ni bentuk macam alien sebab ada ekor ,bukannya kaki :D bila aku ikut perjalanan pembentukan cell tu buat aku rasa kagum,sangat. ala2 kita berada dalam satu dunia yang sangat asing, dan kita tengok banyak keajaiban berlaku di sekeliling. hurm macam tu lah . *moga2 tak keterlaluan lah analogi ni haha*

dan inilah yang aku rasakan salah satu nikmat belajar medik ni. walaupun aku rasakan susah, tapi bila aku belajar sesuatu benda,aku akan rasa kagum sangat dengan penciptaan manusia. salah satu kebesaran dan kekuasaan Allah swt :)

maka para manusia sekalian, bersyukurlah dengan proses kejadian diri kita,bersyukurlah kita ini lahir sempurna,sebab dalam proses 9 bulan tu, tak ada defect yang menyebabkan kita cacat mana2 bahagian. aku rasa semua sihat dan normal aje. *eh my little finger bengkok sikit,ms snigdha kata ni Duputren's conracture. hurm entah,biarlah tak efek apa pun kat aku hehe*

dan bersyukurlah dengan anggota badan yang kita ada. nanti hilang salah satu, susah pulak *eh lari topik* dan dan kalau ada nerve yang injured, muscles paralysis, nanti ada yang tak boleh angkat tangan,tak boleh angkat kaki,tak pun loss of sensation dekat certain skin area *eh macam lari topik lagi* 

BERSYUKURLAH DAN SAYANGI DIRI ANDA :D

ala2 alien lecturer kata. tu ha,sebab nampak macam ekor,kaki belum develop :D


Saturday, September 29, 2012

India - the new chapter, new observation of the the new life ~

assalamualaikum sahabat ~

(entry ini ditulis pada pukul 3 pagi waktu india, ahad 30 sept, baru lepas study anatomy dan tak mengantuk sebab dah tertido drpd pukul 8.30 -11.30 sbb petang td penat shopping.kehkeh)

dah hampir sebulan dekat bumi India, to be specific, manipal. sebulan duduk sini aku tak rasa macam sebulan dekat kms. dulu dekat kms rumah dekat,mmg rasa nak balik aje.tp kat sini nak balik mendenya.haha  makanya tempoh hampir sebulan tu tak terasa sangat.

hampir sebulan, kelas pun dah 3 minggu lebih kurang.sudah dirasai ke-hectic-an nya. bergelar pelajar MBBS, at the very initial stage of medical studies, baru aku rasa kesukarannya untuk belajar. nak kata IB susah *eh memang pun susah* , tp Ib ajar aku untuk adapt dalam MBBS environment.

we have Problem-based learning here, we are given a case study to be discussed in group of 16 students ( my pbl group) , discussing/arguing the hypothesis,issues of the case and learning objectives, and all these things are to be presented exactly a week after the brainstorming. lecturer cuma duduk tepi, duduk senyap and penalise each of us and the performance of the whole group. kalau dalam IB pun aku ada TOK class/oral yang kena discuss/argue topic yang cikgu bagi. so membantu lah tu. hehe

Dissection 
well, i think this is the most interesting part of all. to meet the cadaver. cadaver is dead body. sedap sikit nama dia kan, instead of saying Dead Body or Corpse.second day class dah masuk dissection hall, which i think its too early actually ^_^ dengan rasa yang sangat2 teruja nak tengok cadaver and nak dissect *dan mr raghu, lecturer group aku yg manis orangnya,okeh sila tampar diri sendiri hidayah*  masuk dissect hall dengan disambut bauan formalin. melihat cadaver yang fully naked tanpa tutup apa2 pun, including the genital part. since we got male cadaver, jadi budak lelaki yang rasa malu, hurmm budak perempuan konon2 buat biasa je .

apa yang aku nak cakap sini adalah, kurang rasa hormat kami terhadap cadaver tersebut. err maaf maaf rakan-rakan sekalian,bukan nak kutuk group sendiri. hahahahahahah

mula2 memang seronok tgk cadaver, picit sana picit sini.usik sana usik sini. tapi kadang-kala cadaver tu dijadikan bahan gurauan .mungkin disebabkan keadaannya yang naked itu, mulalah membahan kaum lelaki dan sebaliknya. *maaf berkata begini* .bila baca status classmate Hayati Nasir, memang sentap lah rasanya. walaupun cadaver tu hanyalah mayat,tak bernyawa , tapi asalnya sebelum ni dia bernyawa macam kita semua,hidup macam kita semua. kita tak tahu dia agama apa. mungkin juga Islam, kan kan?

makanya haruslah dituntut menjaga maruah si cadaver itu juga. makanya haruslah hormat sedikit. dan dan kalau tak ada keperluan, larikan pandangan mata anda daripada genital part of the cadaver. bak kata yati, ini boleh menghitamkan hati dan mengurangkan ingatan, tak begitu cik hayati? hehe

Lecture 
tempat yang selesa. lecturer yang bagus dan suka point orang guna roll number untuk jawab soalan dorg on the spot. makanya masing2 dah muka cuak, tunduk kepala. haha

"roll no 45, could you please tell me what we have learnt in previous class? summarize them " ,  (konon2 la mcm ni, 45 no aku)

for the 1st block (10 weeks) , susunan tenpat duduk ikut roll no. memang tak kira lah lelaki ke perempuan kan, memang nasib la kalau tgk partner kiri kanan lelaki, kita sorg duk tengah. well, aku duduk paling tepi, belah kanan amirul, sebelah amirul syaza, cewahh amirul diapit dua perempuan.

tapi tapi aku actually prefer untuk duduk sebelah perempuan jugak. sebab senang takde halangan kalau bersentuh/bergesel tangan. kan kan? dan aku rasa semua kaum muslimin juga prefer benda yg sama untuk duduk sebelah lelaki jugak :D

odah,bella,mia,abz,nobid,syaza,azhar


Local Indian 
bak kata wani azmee, dekat sini sekecil-kecil pekerjaan pun diorang buat. and yes that's true. nampak sorg makcik pakai sari lusuh je,duduk mencangkung dekat atas tanah tengah cabut rumput. lepas habis lecture, akan datang dua orang makcik bawak kain basah untuk lap papan hijau,bersihkan habuk kapur *kalau dekat kms, whiteboard tu ada yang hitam, sebab tak padam bersih2, hehe*

selalu nampak pakcik2 yang sangat kurus, gua tengok kaki dia pun keding sangat tulang aje, tapi boleh angkat beban yang aku nampak benda tu berat sangat. makcik/akak room cleaning yang buat kerja sampai pukul 11 malam, datang ketuk pintu bilik nak bersihkan bilik dan toilet.

cuba tengok dekat malaysia, orang yang badan sihat,cukup kuat pun malas nak kerja. tengok dekat sini, dorg kerja nak cari duit. sebab kerja pun susah kan sini.

tengok lecturer pun naik skuter je. tengok henfon student canggih-manggih slide bagai,henfon lecturer tu yang  screen hitam putih. pakcik msu dekat btn aritu ada cakap, duit scholarship student lagi banyak drpd gaji lecturer sini. lecturer pakai motor kapcai je, student ada yg motor besar. ada lecturer yang balik jalan kaki je (maybe rumah dekat kot, saving sikit, dekat india harga petrol naik). dan lecturer sangatlah nampak macam orang biasa. ada yang ingat mr raghu tu lab assistant. huhuhuhuhuhu . tp hakikatnya dia adalah lecturer anatomy yang tengah buat phd.


ni orang dekat kedai baju dekat udupi, seronok sangat dorg bila wani kata nak amik gamba, semua nak tengok gambar tu :D


Lain-lain 
btw aku dah kena dirhhoea dekat sini. dan demam panas. ish ish. entah apa lah makan. tapi waktu hari kejadian *ehehehhehe* aku makan sepinggan dengan atiqah, benda yang sama. spegeti cheese chicken. sihat je atiqah, aku je yg kena. hohohoh

pergi kasturba hospital untuk amik hepatitis vaccine injection. keadaan yang aku rasa sangat awkward adalah, bila naik tangga, manusia bergelimpangan lah tidur dekat tangga. wuuuu aku yang cuak nak naik tangga. bila lalu situ, semua mata pandang. dan ward yang sesak, dengan patient dan family. aku rasa memang sangat sesak masuk hospital tu.

dan dan aku takut anjing. mana2 pegi mesti nampak anjing.dan pastinya aku akan menyorok belakang kawan aku,sambil observe anjing tu tengah buat apa, mengharap dia tak jalan ke arah aku. ok fineeeee aku tak suka anjing lahhhh !

nah untuk tatapan semua : the auto . 

sekian, terima kasih. 







Sunday, September 16, 2012

The journey begins ~ India


assalamualaikum~

klia-chennai, chennai-bangalore, bangalore-mangalore , mangalore- manipal ( by bus)

alhamdulilah sampai jugak. penat nya rasa perjalanan. sampai chennai pukul 12.30 pagi waktu india.duk melangok dekat airport (yg aku rasa macam bus stop) dekat 4 jam. naik flight balik and turun bangalore pukul 5.50 pagi . flight delay pulak lagi. pukul 9 kot naik flight gerak mangalore. btw airport bangalore sangat cantik ! orang kata klia yang design . no wonder nampak mewah :D dari mangalore ke manipal naik bus. ouhhh mannnnn! bas sangat sendat macam sardin.2 hours hourney by bus !





dan akhir kata, selamat sampai ke 'The Incredible India' ni. macam tagline tourism India.haha bas yang sangat bergoyang,gua pulak yang cuak dalam bas takut beg dekat atas tu jatuh ke bawah. hon sana hon sini. meriahnya jalan raya :D

sampai uni masuk dewan yang cantik itu. aku tgk macam dewan makan dalam harry potter.kehkeh dan pihak uni sangat baik menyediakan makanan untuk makanan tengahari. serius lapar tak makan apa. dah la dlm flight dapat nasi vegetarian je ^__^'' . makan nasi lauk2 india ni la. beriani kambing! shedapnyaaaa .menyesal amik sikit je .lol

dan 2 hari lepas tu.kelas pun bermula . huuuuuu alhamdulilah ok2 aje. boleh la faham apa yang lecturer ajar. and one thing that you should know. dekat sini ada satu rule yang memang rasa macam absurd gilaaaa. ok maybe they thing that's not absurd. tapi tapi.. ok i will list it out.

1. students are not allowed to go to toilet during lecture. nasib la kalau time tu kau tgh sakit perut waktu kelas dissection yang dua jam tu. tahan aje la .once you go out from the lecture hall, lecturers will not tick your attendance .

2.cannot eat. DRINK. hahahahahhaha !i used to eat sweets kalau mengantuk.tapi kalau kat sini tak berani aihhh. kang tak pasal2 ada yang report, mmg kosong attendance aku. even to drink plain water pun, fikir banyak kali jugak. to the lecturers, its not appropriate to do so. so better jangan.

3.please come before lecturers come into the lecture hall. even if you late by just few fewwwww minutes. zero attendance !

4. No cameras, no handfone during lecture. kalau henfon bunyi time lecture, zero attendance. haha

and ada lagi. takpela nanti :D

talk about food. alhamdulilah so far no food poisoning.still can eat happily . no worries :) harga murah and banyak kuantiti nasinya. there is one restaurant in food court that serve malaysian menu. memang laku la kedai tu~  yang ni makan sorg memang banyak sangatttt. eh subway pun ada kat food court, xyah gi jauh2. haha



and here there is one place named END POINT. bukan end point of titration. haha jalan jauh sikit,hati2 dengan tahi lembu merata-rata (tp tak berbau pulak), dengan anjing lagi . jalan sikit naik bukit ikut joging track, ada padang bola yang besarrrr. haa sini la kot END POINT. cantik sangat bila sampai satu part kita boleh nampak ada sungai dekat bawah tu :) ok cantik juga India .hehe




kiranya sampai di sini sahaja. ada masa boleh tulis lagi insyaALLAH :D

wassalam .

p/s: sesiapa nak my fon number in india boleh pm kat fb ye .